Selamat Melayari Blogs SJKCCS

❀ Sejarah Sekolah

• Untuk memperingati Dr. Sun Yat Son, penaung-penaung dan penyokong-penyokong dalam bidang
pendidikan seperti En. Chan Wai Who, Tan Huat Chui, Chen Yoon Loong, Chan Pak Ying, Ng Chew Peng,Teng Pak Choi, Ho Yat Choon, dan Wong Chung Han telah membina Sekolah Rendah Chung Sun pada tahun 1925 yang beralamat di 46-48, Main Road, Tronoh, Perak.

• Sekolah ini dibuka pada 15hb. Januari 1926, ketika itu sekolah ini cuma mempunyai murid seramai seratus orang lebih manakala bilangan guru hanya 5 orang sahaja.

• Pada tahun 1931, En. Wong See Ying telah dilantik sebagai Guru Besar sekolah ini dan bilangan murid dan guru telah bertambah sampai empat ratus lebih orang murid dan 14 orang guru.

• Menjelang bulan Disember 1941, Angkatan Tentera Jepun datang menyerang Tanah Melayu.

• Dibawah pemerintahan Jepun, sekolah ini terpaksa diberhentikan. Segala kemudahan sekolah mengalami kerosakan yang teruk.

• Sekolah ini dibuka semula setelah orang Jepun menyerah diri pada tahun 1946.

• En. Lee Wai Ching dilantik sebagai pemangku Guru Besar, bilangan murid pada masa itu cuma 200 orang sahaja.

• Sehingga tahun 1947, En. Foong Kah Hin dilantik menjadi Guru Besar.

• Pada tahun 1951, En. Chin Yoke Tong dilantik sebagai Guru Besar, ketika itu bilangan murid meningkat hingga tujuh ratus lebih dan 24 orang guru dimana telah memecahkan rekod tertinggi bagi bilangan murid dan bilangan guru dalam sejarah sekolah ini.

• Ketika En. Liew Yuen Toong menjadi Guru Besar pada tahun 1952, kerajaan memberi arahan kepada penghuni-penghuni kawasan ini supaya berpindah ke Kampung Nalla dan Kampung Bali yang berdekatan di samping menubuhkan sekolah masing-masing dalam kawasannya.

• Pemindahan ini adalah disebabkan oleh kekacauan yang berlaku di kawasan ini. Akibatnya, bilangan murid telah berkurangan menjadi kira-kira 400 orang sahaja.

• Tahun berikut, bilangan murid ini telah bertambah dua ratus lagi iaitu seramai enam ratus lebih orang murid dan 22 orang guru di bawah Guru Besar En. Yee Ping.

• Oleh kerana kekurangan bilik darjah dan tapaknya tidak berapa sesuai dijadikan sekolah, dengan usaha dan sokongan dari penaung-penaung sekolah ahli-ahli Lembaga Pengurus Sekolah, para peniaga-peniaga dan pelombong-pelombong serta bantuan kewangan dari kerajaan, sekolah ini telah siap dibina di Jalan Bota, Tronoh.

• Bangunan sekolah ini mempunyai satu blok di mana ada 12 buah bilik darjah, sebuah dewan dan sebuah pejabat serta 8 buah asrama guru.

• Mulai bulan Jun 1955, murid-murid berpindah untuk belajar di bangunan baru sekolah ini.

• Pada tahun 1960, En. Wong See Ying sekali lagi dilantik menjadi Guru Besar sehingga tahun 1963.

• Beliau digantikan oleh En. Phoon Lok Ting dan ketika itu bilangan murid adalah seramai 555 orang dan 17 orang guru.

• En. Phoon bersara pada tahun 1977. Beliau digantikan oleh En. Chow Ah Tong pada tahun 1978.

• Pada tahun 1979, Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Ibubapa dan Guru-guru serta Persatuan Murid-murid Tua telah mengemukakan satu cadangan untuk membina pejabat baru, tandas moden cara ‘flush’, bilik perpustakaan dan membeli kerusi meja murid.

• Pada tahun yang sama, Kementerian Pelajaran meluluskan bantuan modal sebanyak RM 4 ribu bagi binaan tandas dan RM 26 ribu lagi untuk membina perpustakaan dan membeli kerusi meja murid dan almari.

• Memandangkan bantuan modal sebanyak RM 4 ribu tidak mencukupi untuk binaan tandas, maka kelulusan dari Kementerian Pelajaran telah diperolehi bahawa jumlah bantuan modal sebanyak RM 30 ribu digunakan untuk tujuan membina pejabat, tandas dan membaiki bilik darjah serta membeli perabot.

• Tetapi jumlah bantuan modal dari Kementerian Pelajaran tidak mencukupi untuk membiayai kesuluruhan projek yang dijangkakan memakan perbelanjaan lebih kurang RM 70 ribu.

• Untuk mengatasi masalah kewangan Lembaga Pengurus Sekolah , Persatuan Ibubapa Dan Guru-Guru serta Persatuan Murid-Murid Tua telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Tabung Pembinaan Sekolah di mana kutipan derma lebih kurang RM 40 ribu telah diperolehi dalam tempoh 4 bulan (September 1984 – Januari 1985).

• Kerjasama dan bantuan dari Kementerian Pelajaran, Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Ibubapa dan Guru-Guru serta Persatuan Murid-Murid Tua dan khasnya penduduk-penduduk kawasan Tronoh telah menjayakan projek ini.

• Guru Besar En. Chow Ah Tong bersara pada 1990. Beliau digantikan oleh En. Tan Leong Choong sebagai Guru Besar.

• Pada tahun itu juga, En. Tan bersama-sama Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Ibubapa dan Guru-Guru serta Persatuan Murid-Murid Tua telah menganjurkan Jogathon untuk mengutip derma bagi menubuhkan Tabung Pancaragam Sekolah yang dapat mengumpulkan wang sebanyak RM 46 ribu.

• Pasukan Pancaragam Sekolah telah ditubuhkan pada tahun 1990. Pada tahun 1990 juga, pihak sekolah telah mendapat kelulusan bantuan modal dari Kementerian Pendidikan sebanyak RM 10 ribu untuk pendawaian semula.

• Pada Januari 1991, pihak sekolah telah mendapat peruntukan sebanyak RM 7 ribu untuk memperbaiki dan memperluaskan kantin sekolah.

• Pada Februari 1993, Guru Besar En. Tan Leong Choong telah bersara.

• Sehingga Ogos 1993, En. Yen Kian Giap telah dilantik sebagai Guru Besar sekolah ini. Pada Oktober 1993, Kementerian Pendidikan sekali lagi meluluskan bantuan modal sebanyak RM 10 ribu untuk kegunaan memperbaiki bangunan sekolah.

• Dengan kerjasama Lembaga Pengurus Sekolah dan Persatuan Ibubapa Dan Guru-Guru, Kelas Komputer Sekolah telah dapat dimulakan pada Julai 1994.

• Pada Oktober 1994, Kementerian Pendidikan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 35 ribu untuk menaik taraf tandas murid dan tandas guru. Projek ini telah dapat dilaksanakan pada masa cuti November 1994.

• Pada Disember 1994, Jogathon kali kedua telah diadakan untuk menubuhkan Tabung Bilik Komputer. Kali ini sebanyak RM 36 ribu telah dapat dikumpulkan.

• Wang ini telah dapat digunakan untuk membeli komputer dan naik taraf bilik komputer. Pada tahun 1998, bilik Sains telah dapat diadakan dengan peruntukan sebanyak RM 3 ribu dari Kementerian Pendidikan.